Asiqs Race

                                Image result for asiqs space u8
Assalamualaikum, semua!

     Saya rasa memang dah lamaaa sangat saya tak post halaman terbaru kan? Sebelum memang akan ada assignment untuk buat blog setiap minggu. Tapi sejak kebelakangan ni saya dan rakan sekelas banyak berbincang tentang Asiqs Race di dalam kelas QPT (Quranic Propogation Technology)

     Agaknya mungkin ada diantara para pembaca semua yang tertanya-tanya tentang Asiqs Race bukan? Jadi kali ini saya akan kongsikan kepada anda semua tentang apa itu Asiqs Race.

     Asiqs Race adalah sebuah permainan seperti treasure hunt diadakan di Asiqs. Permainan ini dimainkan pada setiap hari jumaat selama sebulan bermula dari hujung bulan sembilan yang lepas.Para pemain dalam permainan ini akan bertukar-tukar kumpulan mengikut undian yang akan diadakan beberapa hari sebelum setiap kali Asiqs Race.

     Asiqs Race ini hanya disertai oleh pelajar level 2 dan level 3. Pemain harus menyelesaikan soalan yang diberikan untuk mendapatkan kata laluan dan mencari klu yang disembunyikan. Walau bagaimanapun, kerjasama amat diperlukan ketika bermain permainan ini.

     Markah akan diberikan kepada setiap pemain secara berkumpulan dan secara individu. Namun, ia bergantung kepada kepantasan, kecekapan dan kerjasama para pemain. Para pemain juga tidak boleh mementingkan diri sendiri agar dapat mencapai kejayaan bersama-sama ahli kumpulan yang lain.

      Selain itu, Asiqs Race dapat membuatkan pemain berasa ingin tahu tentang banyak perkara dan dalam masa yang sama dapat menambah ilmu ketika para pemain menjawab soalan-soalan yang diberikan. Saya berasa gembira kerana dapat bermain permainan yang mencabar minda seperti ini di Asiqs.

     Setakat ini sahaja yang saya boleh kongsikan kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di halman seterusnya!!! =)

Comments

Post a Comment

Popular Posts