Batu Seremban



Related image



Assalamualaikum,

     Apa khabar semua? Semoga anda semua sihat. Kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang batu seremban.

     Saya rasa anda semua mesti pernah dengar apa itu batu seremban bukan? Tapi mungkin ada beberapa orang di kalangan anda semua yang tidak tahu apa itu batu seremban. Jadi mari saya kongsikan sedikit sebanyak tentang batu seremban.

     Batu selambut atau dikenali sebagai batu seremban ataupun serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Namun, permainan ini juga banyak dimainkan di negara lain. Antaranya ialah,

> Singapore : five stone
> India : kallangal / achangal
> China : zhua shizir
> Porugal : five mary's
> Turki : asiks

     Terdapat sumber yang mengatakan bahawa batu seremban asalnya dari Asia kuno semasa Siege of Troy pada tahun 1184 sebelum masihi. Permainan ini dianggarkan berusia dari 25,00 sehingga 4,000 tahun.

     Batu seremban ini dimainkan dari negara Depal ke benua India sehingga ke Malaysia dan Singapura. Ia juga dimainkan dari Asia tengah melailui Turki dan Latin Mediterranean hingga ke Amerika selatan dan Belanda.

     Kebiasaanya batu seremban ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang. Kemahiran yang diperlukan ketika bermain batu seremban ini adalah melambung dan menangkap. Pemain juga perlu cekap dan pantas bagi menangkap batu-batu tersebut.
Related image
gamabar ini hanyalah sebagai contoh
Related image
gambar ini hanyalah sebagai contoh

     Objek yang diperlukan untuk batu seremban ini hanyalah beberapa biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan. Biasanya permainan ini hanya menggunakan lima biji sahaja.

     Permainan ini boleh dimainkan di dalam rumah, serambi dan sebagainya. Asalkan permukaannya rata. Cara bermain permainan ini hendaklah bergilir-gilir.

     Teknik mengutip anak batu adalah dengan cara mengaut satu persatu. pemain hendaklah mengaut secara beransur-ansur. Contohnya ketika buah satu, pemain kena mengaut 1 butir, apabila buah kedua, 2 butir dan seterusnya sehingga kesemuanya sudah dikaut.

     Batu satu :

> Semua buah mesti diselerakkan sehingga tidak menyentuh satu sama lain.

> 1 buah akan dijadikan ibu. Buah ibu harus dilambung ke udara. Tetapi dalam masa yang sama, 1 buah di lantai harus dikutip.

> Perlakuaan ini akan berterusan sehingga kesemua buah di lantai habis dikutip.

     Batu dua :

> Caranya sama seperti buah satu. Bezanya hanyalah kali ini 2 biji buah perlu dikutip pada setiap lambungan.

> Buah ibu hanya akan dilambung sebanyak 2 kali sahaja.

     Batu tiga :

> Ketika lambungan pertama, hanya 1 biji buah yang akan dikutip.

> Pada lambungan kedua, 3 biji buah harus dikutip dengan serentak.

     Batu empat :

> Buah ibu dilambung ke udara.

> Dalam masa yang sama, 4 biji harus dikutip serentak.

     Batu lima :

> Ianya sama sahaja seperti buah empat.

> Cuma selepas menangkap buah ibu, buah ibu harus dilambung semula ke udara dan pada masa yang sama,4 biji buah yang lain harus diletakkan dia atas lantai dan kemudian perku menyambut buah ibu sahaja.

     Batu enam (batu tukar) :

> Kali ini, 2 biji buah akan jadi ibu.

> 1 biji darinya harus dilambung manakala 1 biji lagi harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai sehingga selesai.

     Batu tujuh :

> 2 biji buah akan berada didalam tangan dan kemudian dilambung serentak.

> Selepas itu 1 biji buah di atas lantai harus dikutip.

> Kedua-dua buah yang dilambung tadi mesti disambut dengan kedua-dua belah tangan.

> 1 biji buah di tangan kiri, manakala 1 biji buah lagi di tangan kanan.

> Ketika kali terakhir, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

     Batu lapan :

> Kesemua buah harus dicampak ke atas lantai.

> Ahli yang lain perlu memilih 1 biji buah untuk dilambung ke udara.

> Pemain harus megambil buah yang dipilih tanpa menggerakkan buah yang lain.

> Pemain perlu melambung buah tersebut dan kemudian kutip buah-buah yang berada di atas lantai sekaligus.

     Itulah kelapan-lapan cara untuk bermain batu seremban. Turut disertakan di bawah ini adalah cara-cara untuk menimbang setelah pemain berjaya menghabiskan kelapan-lapan peringkat tersebut.

     Timbang :

> Selepas selesai menghabiskan kelapan-lapan peringkat, pemain harus menimbang untuk mendapatkan mata.

> Kesemua 5 biji buah perlu diletak di atas tapak tangan.

> Kemudian, kesemua buah harus dilambung sekaligus lepas melambung, tangan  pemain harus diterbalikkan.

> Pemain harus menangkap buah yang berada di atas tangan.

> Buah yang jatuh di atas lantai tidak boleh dikutip semula.

> Selepas timbang, pemain perlu mula semula dari batu (peringkat) 1.

     *Bagaimana hendak tahu kalah atau menang?

> Apabila pemain gagal menghabiskan 8 peringkat tersebut, pemain harus bertukar giliran.

> Pemain yang gagal menghabiskan 8 peringkat, perlu kembali kapada peringkat yang tidak dapat diselesaikan tadi setelah tiba gilirannya semula.

     Di bawah ini saya akan sertakan satu video pendek tentang cara-cara bermain batu seremban. Mungkin dengan melihat video ini akan membuatkan anda lebih memahami cara bermain batu seremban.

 
  Kebiasaannya apabila hendak menamatkan permainan, pemain akan mengira mata yang dikumpulkan semasa setiap kali menimbang. Siapa yang bilangan matanya paling banyak,dialah pemenangnya. Manakala yang sedikit, pemain tersebut kalah.

     Baiklah, setakat ini sahaja yangsaya boleh kongsikan kali ini. Kita jumpa lagi di halaman seterusnya, ya!!!!! Bye, assalamualaikum.
   




Comments

Post a Comment

Popular Posts