LGBT

Related image


Assalamualaikum w.b.t.


     Apa khabar semua?! Semoga anda semua sihat. Kali ini saya ingin menceritakan kepada anda semua sedikit sebanyak tentang LGBT yang saya tahu.

     Apakah itu LGBT? Untuk pengetahuan anda semua, LGBT ialah singkatan bagi:

L - lesbian
G - gay
B - bisexual
T - transgender
Image result for transgender symbols images
transgender

Image result for gay symbols images
gay

Image result for bisexual symbols images
bisexual (boleh juga kalau perempuan&perempuan&lelaki)

Related image
lesbian


     Apa maksud bagi perkataan-perkataan diatas? Setahu saya lesbian ialah dimana kaum perempuan yang suka sesama jantina. Gay pula ialah kaum lelaki yang suka sesama jantina. Manakala bisexual pula ialah sejenis jantina yang sukakan dua jenis jantina termasuk yang sama jantina dengannya sendiri.

     Contohnya ialah, lelaki suka perempuan tetapi dalam masa yang sama suka lelaki juga. Sama juga dengan perempuan suka lelaki tetapi dalam masa yang sama suka perempuan juga.

     Tetapi transgender lain sedikit. Transgender ialah orang yang bertukar jantina. Contohnya lelaki yang menukar jantinanya menjadi perempuan. Manakala perempuan pula menukar jantinanya menjadi lelaki.

     Pada pendapat saya, kemungkinan LGBT ini terjadi kerana seseorang itu sama ada dia lelaki atau perempuan teringin untuk merasa bagaimana rasanya menjadi jantina yang berlainan dengan jantinanya sendiri.

     Selain itu, mungkin orang yang LGBT ini tidak dapat menahan nafsu mereka. Dan mungkin juga mereka mempunyai perasaan suka sesama jantina. Kita juga boleh andaikan bahawa mungkin persekitaran mereka yang mempengaruhi pemikiran mereka. Lalu ia mendorong mereka untuk mencuba perkara baharu dan lama-kelamaan ia menjadi satu tabiat.

     Saya rasa setakat ini sahaja yang saya boleh kongsikan kali ini. Jikalau anda ada sebarang pendapat mengenai tajuk ini boleh kongsikan di ruang komen di bawah ya.=)

Comments

  1. LGBT adalah masaalah sosial di akhir zaman ini,sebagai islam kita tidak boleh ambil mudah hanya brpeluk tubuh saja..semoga allah mmberi hidayah kepada golongan songsang ini..brsama kita menuju ke jln allah yg lurus diredhoi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts