1 fakta menarik mengenai subjek sirah

Assalamualaikum,semua!

     Sekali lagi, setelah sekian lama menyepi....akhirnya saya post juga halaman terbaru. Dah hampir bersawang blog ini rasanya. Hahaha.. Apa-apa pun, Harini saya nak nak kongsi dengan anda semua tentang 1 fakta menarik mengenai subjek sirah.

Image result for gambar perang sirah zaman nabi
gamabar ini hanya sekadar hiasan
   
Tajuk fakta yang ingin saya kongsikan ialah kisah Ka'ab Bin Asyraf. Ka'ab bin Asyraf ialah seorang yang pandai bersyair, kaya, famous dan mempunyai rupa paras yang kacak. Beliau merupakan kacukan yahudi dan arab tetapi beliau berketurunan yahudi.

     Ka'ab bin Asyraf sering mengutuk wanita islam dengan bersyair. Selian itu, beliau pernah berbincang dengan Abu Sufian untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W. Namun, tiada sesiapa yang tahu apa perancangan mereka.

     Pada suatu hari, Nabi Muhammad bertanya siapa yang berani untuk membunuh Ka'ab bin Asyraf. Ini kerana Ka'ab bin Asyraf berbahaya untuk orang islam. Lalu, terdapat seorang lelaki yang bernama Muhammad bin Maslamah menawarkan diri untuk membunuh K'ab bin Asyraf.

     Sebelum pergi ke rumah Ka'ab, Muhammad bin Maslamah meminta izin Nabi Muhammad S.A.W. untuk bercakap buruk mengenai baginda, lalu Nabi izinkan.

Image result for gambar rumah kaab bin asyraf
gamabar ini hanya sekadar hiasan untuk menunjukkan perjalanan mereka
 
  Selepas mendapat keizinan, Muhammad bin Maslamah pun pergilah ke rumah Ka'ab bin Asyraf. Apabila Muhammad bertemu Ka'ab, Muhammad berkata bahawa dia hendak meminjam duit Ka'ab  untuk bayar zakat dekat Nabi dan kemudian terus keluar dari Madinah kerana katanya kononnya Naabi Muhammad itu perosak. Lalu Ka'ab bertanya "apakah cagarannya?"

     Kemudiannya Muhammad menjawab dengan pertanyaan juga. "Kamu mahu apa?". "Harta?" tanya Ka'ab. "Tak boleh... Saya kan miskin.. Mana ada harta..." Jawab Muhammad. Selepas beberapa kali cadangan Ka'ab ditolak oleh Muhammad, akhirnya Muhammad sendiri mencadangkan agar senjatanya menjadi cagaran.

     Setelah kedua-duanya bersetuju, Muhammad pulang ke rumahnya untuk mengambil senjatanya yang akan dibawa ke rumah ka'ab esok.

Related image
gambar ini hanyalah sebagai contoh
 
 Pada keesokan harinya, Muhammad meminta dua orang sahabatnya untuk membantunya membawa kesemua senjata tersebut ke rumah Ka'ab.

     Setibanya Muhammad di rumah Ka'ab, Ka'ab memberitahu kepada Muhammad bahawa dia terlupa untuk beritahu bahawa dia baru sahaja berkahwin semalam.

     Lalu Muhammad menyuruh Ka'ab tunduk untuk membau wangian yang diapakai oleh Ka'ab selepas berkahwin. Setelah Ka'ab tunduk, Muhammad terus pegang kepala Ka'ab lantas menyuruh dua orang sahabatnya untuk memberinya senjata bagi membunuh Ka'ab.

     Apabila Muhammad dan dua orang sahabatnnya pulang ke Madinah setelah berjaya membunh Ka'ab, Muhammad terus pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau memberitahu bahawa Ka'ab sudah mati dibunuh. tetapi salah seorang dari sahabatnya tercedera teruk.

     Dikatakan Nabi Muhammad mengeluarkan air liur baginda dan menyapunya di tempat ynag cedera kemudian serta merta tempat yang cedera itu sembuh.

     Demikianlah kisah Ka'ab bin Asyraf, para pembaca semua. Semoga anda semua terhibur membaca dan sedikit sebanyak dapat menimba pengetahuan yang baru mengenai cerita yang saya kongsikan ini. Semoga kita berjumpa lagi di halaman setusnya! Bye assalamualaikum.

Comments

Post a Comment

Popular Posts