Lagu yang menyampaikan mesej yang baik

Assalamualaikum semua!

     Kali ini saya nak kongsikan kepada anda semua salah satu lagu kegemaran saya yang mempunyai mesej yang baik.

     Tajuk lagu tersebut adalah " I Promise "  yang dinyanyikan oleh " Harris J ". Di bawah ini saya akan sertakan video lagu tersebut.
                                                                                                                                                                  


     Pada pendapat saya, antara mesej yang terdapat di dalam lagu ini adalah tentang seorang anak yang berjanji untuk berbakti dan berusaha untuk membanggakan kedua orang tuanya.

     Di samping itu juga dia (anak) berjanji untuk sentiasa berada di sisi mereka (ibu dan bapa). Dan pengajaran dari lagu ini adalah kita hendaklah sentiasa rasa berterima kasih kepada kedua orang tua kita kerana mereka telah bersusah payah menjaga dan mendidik kita dari kecil hingga kita besar.

Oleh itu, kita boleh menunjukkan rasa berterima kasih kita kepada mereka dengan berbakti dan menjaga mereka sebagaimana mereka telah menjaga kita suatu ketika dahulu. Jadi, sayangilah kedua orang tua kita sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri.

    Saya harap anda semua juga mendapat pengajaran yang baik dari lagu ini. sekian.

     

   


Comments

Popular Posts