10 fakta menarik tentang perang Uhud




Assalamualaikum
 
  Apa khabar semua? Hari ini saya nak kongsikan kepada anda semua tentang 10 fakta menarik tentang perang Uhud.

     Untuk pengetahuan anda, Peristiwa Uhud merupakan peristiwa paling sedih buat Nabi Muhammad. Ini kerana ramai orang yang Nabi sayang telah terkorban termasuk pakciknya sendiri (Hamzah).

     Selain itu, Jabal Uhud merupakan salah satu bukit yang ada di syurga. Dan warna Jabal Uhud adalah warna kemerah-merahan. Namun, Terdapat juga riwayat yang mengatakan bahawa "warna Jabal Uhud asalnya hanyalah seperti bukit yang biasa. Tetapi selepas peristiwa perang Uhud, Warna Jabal Uhud bertukar menjadi kemerah-merahan tanda darah kerana apabila melihat nabi menangis, Bukit tersebut pun menangis".

     Ketika hendak bermulanya perang Uhud, Nabi telah menempatkan sebanyak 50 orang pemanah di Jabal Rumal. Dikatakan Nabi telah memberi arahan supaya jangan bergerak dan tinggalkan bukit tersebut selagi belum mendapat arahan. Namun, Apabila separuh masa kedua, Orang kafir telah melarikan diri setelah banyak orang kafir yang mati. Dan disitulah berlakunya kelisapan pemanah islam. Seorang demi seorang turun dari bukit tersebut untuk mendapatkan harta yang ditinggalkan oleh orang kafir. Sehinggalah hanya tinggal lebih kurang 10 orang pemanah sahaja yang berada di atas Jabal Rumal.

     Kemudian, Seorang tentera kafir mengajak tentera berkudanya untuk menyerang orang islam sewaktu mereka sedang mendapatkan harta tersebut. Keadaan pada waktu itu kucar-kacir sehinggakan ada orang islam yang terbunuh sesama sendiri.

     Ketika perang Uhud, Bendera tentera islam dipegang oleh Mus'ab Bin Umair. Mus'ab Bin Umair mempunyai rupa paras yang hampir serupa dengan Nabi Muhammad. Waktu itu, Mus'ab Bin Umair hanya tinggal bersendirian kerana pengawal-pengawalnya sudah dibunuh. Kemudian Mus'ab Bin Umair dipotong kedua belah tangannya dan diserang oleh orang kafir sehingga mati. Setelah Mus'ab Bin Umair meninggal, Orang kafir berasa gembira manakala ornag islam pula berasa amat sedih dan berputus asa kerana kononnya Nabi dah meninggal.

     Setelah tragedi itu berlaku, Orang islam bagaikan sudah tiada semangat untuk berperang dan sperti sudah berputus asa. Tetapi, Ketika itu juga Ka'ab Bin Malik perasan bahawa ada seseorang tentera bertopeng yang matanya seperti Nabi Muhammad. Lalu Ka'ab Bin Malik memberitahu bahawa dia dapat menyaksikan yang Nabi masih hidup.

     Selepas mendapat tahu bahawa Nabi masih hidup, Semua tentera islam kembali bersemangat untuk meneruskan perang. Apabila tibanya saat akhir perang (iaitu saat paling genting buat Nabi), Nabi dipanah. Namun, Qatadah Ibnu Nu'man terlebih dahulu menyelamat nabi dengan menghalang anak panah tersebut menggunakan matanya. Tetapi Nabi sekali lagi menjadi sasaran. Baginda dipanah dan panah tersebut akhirnya tersangkut di pipinya tanpa sempat dihalang.

     Selepas itu , Saidina Abu Bakar R.A terus berlari untuk menuju ke arah Nabi. Tetapi dalam masa yang sama, Abu Ubaidah turut berlari menuju ke arah Nabi. Abu Ubaidah menawarkan dirinya sendiri untuk membuang panah yang tersangkut di pipi Nabi. Abu Ubaidah membuang panah tersebut dengan cara mengigit panah tersebut sehingga giginya patah kerana tidak mahu menyakiti Nabi.

     Akhir sekali, Kisah Hamzah iaitu pakcik kepada Nabi yang dibunuh oleh Hindun binti Khutbah kerana perasaan benci dan dendam. Hindun telah mengeluarkan jantung Hamzah dan kemudian cuba untuk makan serta potong jantung tersebut namun tidak berjaya. Dengan itu, Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memotong satu jari Hamzah untuk dibuat rantai sebagai tanda bahawa dia sudah berjaya membunuh Hamzah.

     Itulah 10 fakta tentang perang Uhud yang saya boleh kongsikan hari ini. Semoga kita berjumpa di halaman seterusnya. Bye!Bye!!! ^_^
       

Comments

Popular Posts