Movie kegemaran

 Assalamualaikum,semua!

     Kita berjumpa lagi setelah sekian lama saya tak post halaman terbaru. Kali ini saya nak bagitau dekat anda semua tentang salah satu movie kegemaran saya.

     Movie kegemaran saya ini bertajuk Paddington 2. Paddington 2 telah ditayangkan pada 5 November tahun 2017. Saya rasa anda semua dah tahu pasal cerita ni.

     Cerita ini menjadi kegemaran saya kerana ia sangat menyeronokkan. kelakar, sedih, mendebarkan..... Semua ada! Cerita ini berkisar tentang seekor beruang yang mengembara ke tempat yang jauh dari rumahnya demi mencari hadiah yang terbaik untuk makcik kesayangannya, makcik Lucy's sempena hari jadinya yang ke-100.

     Di bawah ini saya akan sertakan satu video untuk anda semua. Silalah tengok ya!

 

     Tadaaa!! Kelakarkan? Kalau tak kelakar.... Saya tak tahulah. Tapi ini adalah antara bahagian yang paling saya suka. Sudahlah cukur kepala orang samapai botak tengah. Lepastu pergi calit dengan marmalade kegemaran dia pulak. Hahahaha! Apa-apa pun, jom kita tengok lagi satu video dibawah ini.


      Fuhh!... Berani betul Paddington pergi kompelin makanan depan encik Knuckles sendiri. Nasib baik Paddington ada sandwich marmalade. Nah! Rasakan, encik Knuckles. Sedap tak sandwich tu??? Hihihi.

     Baiklah, mungkin untuk halaman ni saya hanya sertakan dua video. Tetapi banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita ini. Antaranya ialah, kita mestilah sentiasa bantu-membantu agar disenangi ramai. Mungkin hari ini hari orang, mana tahu esok lusa hari kita? Selain itu janganlah kita menjadi secuai Paddington seperti bahagian dimana dia di kedai gunting rambut. Dan yang terakhir, kita haruslah menyayangi ahli keluarga kita seperti Paddington yang amat menyayangi makciknya itu.

     Okeylah.... Mungkin ini je pengajaran yang saya boleh sertakan untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di halaman blog yang seterusnya! Bye!! =) =)

Comments

Popular Posts