Keke challange
Assalamualaikum.
Kepada para pembaca,kali ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat tentang keke challange yang sedang popular sekarang ini. Harap anda semua sudi baca sampai habis.
Keke challenge ialah sebuah tarian yang biasanya dilakukan di luar kereta sambil mengikuti rentak lagu "Drake" yang bertajuk "In My Feelings". Ianya bermula dari seorang komedian yang bernama Shiggy. Setelah Shiggy menyebarkan videonya di instagram,video tersebut telah tersebar dan kini ia menjadi ikutan ramai.
Video yang saya sudah sertakan di atas adalah antara contoh tarian keke challange. Pada saya, keke challange mempunyai kebaikannya terendiri. Antaranya ialah, ia boleh dijadikan senaman. Namun, terdapat juga keburukan apabila kita membuat keke challange. Saya akan selitkan sebuah lagi video di bawah ini.
Baiklah. Seperti yang anda semua sudah lihat, video ini menunjukkan berlakunya sebuah kemalangan kerana tarian keke challange yang dilakukan.
Pada pendapat saya, jika sesiapa yang mahu membuat tarian keke challange, silalah berhati-hati. Rasanya,ia tidaklah salah. Namun, ia boleh menyebabkan kecederaan dan kemungkinan boleh meragut nyawa anda.
Ini sahaja daripada saya kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di halaman seterusnya! =)
Comments
Post a Comment