Pengajaran dari video
Hai assalamualaikum. Hari ini saya ingin menceritakan tentang video yang saya dah selitkan di atas. Video ini menceritakan tentang kehidupan seorang remaja perempuan yang tinggal bersama ayah dan adik- adiknya.
Tetapi disebabkan keadaan ayahnya yang lumpuh, telah menyebabkan remaja perempuan tersebut terpaksa mencari kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Cerita ini amat menyentuh hati sehingga kawan-kawan saya yang tengok video ini pun mengalirkan air mata mereka.
Video ini memberi penganjaran kepada saya agar berusaha, dan jangan berputus asa walaupun banyak dugaan yang perlu kita tempuhi. Semoga anda semua yang dah tengok video ini pun dapat mengambil iktibar. Setakat ini sahaja cerita kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di halaman blog seterusnya.
Comments
Post a Comment